Pages

February 4, 2011

sakit ooo! tangan gua kene minyak panas!

cuba baca tajuk entry seram x? aku yang kene lagi seram kot. adehhh..masih terasa lagi bisa, berdenyut n kebas kat tangan nih. tapi leh lak bloging? haha. kantoi. sebenarnye dah x sakit sangat dah. just rasa cam pijar2 sket. malam kelmarin kene. tau x rasa pijar tu benda apa? cuba g ramas cili lepas tu apa jadi kat tangan... rasa pijar dan panas kan? camtu la aku rasa.

cerita sedih ni bermula bila aku teringin nak makan kopok lekor segera mak aku beli. memula tu terasa berat je hati aku nak masak pasal malas je rasa. n tambah lak lagi cam berat je nak amek kopok tu lam fridge n goreng. tapi nafsu nak makan kopok lekor yang membuatkan aku beralah lalu memutuskan untuk masak je la kan..kang xmakan takut kempunan.

so aku pon panas kan kuali n start le masak. lima ketol aku masuk kan sekali gus lam kuali tuh. masak punya masak punya masak, tiba-tiba aku nampak kopok tuh cam mengembang. aku pon dah rasa semacam. tapi releks la lagi kan, aku tutup api n  nak angkat la pasal rasa cam dah ok. baru je sentuh kopok lekor tuh ngan pengepit, pop! meletop lak dea tiba2. minyak panas tu abes terkena kat tangan aku. baik je timing dea pasal tangan aku memang dekat sangat ngan kuali. dah kata meletop masa nak angkat kan.


panik siot. terkejut dan kesakitan.,terus aku g basuh tangan kat paip. pedih toksah cakap. panas je satu tapak tangan tu. ayah aku yang tengah lepak tengok tv terus berlari ke belakang bila dengar aku jerit. mak aku yang agaknye tengah best baring2 tengok siling dalam bilik sambil amek feel nak tidor pon terus ke dapur. ayah nak antar g klinik tapi mak kata x payah.


pasalnye doctor just sapu ubat patu gelembung gak kulit tu nanti. nak bersiap g klinik, nak tunggu kat klinik dah makan masa bape lama. dalam tempoh tu memang gelembung la tangan aku. so mak aku suh tekap ngan ais. bukak fridge, ais x de. dah tu abes segala ayam, ikan yang sejuk beku lam fridge tu aku tekap kat tangan. pedih ooooo....sangat2. 

lama gak la aku tekap ngan benda tuh. siap masuk tangan lam fridge. lepas tu mak suh taruk garam halus. tepek2 kan kat tempat2 yang kena minyak. caranya taruk je kat kulit yang rasa panas then bila garam dah kering taruk balik air bagi garam x tanggal. lepas tu tepek lagi garam. huhh...memang berdesup rasanya. pedih. tapi untuk elak menggelembung. kalau gelembung lagi payah. lama aku menahan. berharap panas dalam tu surut. sempat jugakla mak masak kan kopok lekor untuk aku. supaya x kempunan. huhu


penat dok tepek garam halus tu.,dekat 2jam jugak la..punye lama. dah naik kering kulit lepas tu aku lalukan pulak tangan kat air paip. tapi still pedih. nasib mak aku g sejukkan air sebelum tu. memang aku rendam la tangan aku dalam air sejuk. sampai kol 3.30 pagi baru surut panas tapi masih berdenyut sikit. alhamdulillah kurang jugak la sakit tu. baru lega siot..bila tengok balik tangan aku, masyaAllah. sangat x sangka. jari kelingking tuh bengkak n agak kehitaman. n ada jugak part yang gelembung. cuma x besar la. mungkin x kena sangat masa tuam ngan ayam sejuk n taruk garam halus kot. sebab aku xdapat detect tempat2 lain yang sakit selain tapak tangan. pasal yang kene kat kawasan tapak tangan sakit sangat sampai tak terasa sakit kat kawasan tangan lain.


tapi bila tengok memang dah bertanda2 la tangan. aduhh...mau kena discount duit hantaran ni. huuu...tapi syukulah atleast x kena kulit muka. kalau x,...ishh..ngeri siot. aku ni x biasa masak kopok lekor. mana aku tau benda alah tu meletop. mak aku kata api aku bukak kuat sangat kot. yela. kalau masak kopok ikan ke guna api besar bgi cepat masak. lepas tu x biarkan lama dulu lepas kuarkan dari fridge, org bagi dea kurang sejuk dulu. masak nugget xpayah biarkan hilang sejuk pon dah leh masok kuali. memang salah perhitungan aku. lain cara rupenya. sabar je...

ni masa taruk garam

uhh..sangat pedih

cehh! semuanya kerana kau kopok lekor!
gelembung! perbezaan kaler jari kelingking aku

dah macam tumpuk-tumpuk taik unta!

T.T



ada pic area tapak tangan yang kene minyak. tapi xpat upload. hp aku buat hal. haihh...tapi xde la satu tapak tangan yang kena. suma bahagian belakang jari kelingking je. so kpd readers, hati2 masa masak. n kalau x expert nak masak kopok lekor, x payah masak. g beli kat makcik2 jual kopok lekor tepi jalan je. 


p/s : baru aku tau kopok lekor mmg suka meletupkan diri masa di masak. terer makcik2 yg jual  kopok lekor tu ek...

0 comments:

Post a Comment