Pages

November 1, 2010

kata hati~

dingin malam yang selesa, namun mata tetap tak nak lelap... terlalu cepat mase berlalu, aku dah 22 tahun, matang? ntah. banyak yang dah lalui..tapi aku tau tu semua belum cukup. selagi nyawa panjang banyak lagi benda yang aku akan tempuh.

bila malam2, bila rasa tak nak tido, aku suka bfikir apa yang dah aku capai setakat ni. keje? satisfied but not enough. life? ok. love? ok. my self? :) just smile.

masih lagi bernyawa dah cukup bersyukur..kan?

kehidupan yg mengajar erti tanggungjawab, pengorbanan dan kesabaran. ada banyak lagi..tapi rasanya semua pun faham n dpt bayangkan apa KEHIDUPAN dah ajar pada kita. n satu soalan... cukup ok atau just so-so je KEHIDUPAN masing2?

jawapan dkt diri sendiri....

manusia mmg selalu buat salah, tapi tak salah berlajar dari kesilapan atau tak ulang kesilapan tu...cuma, macam mana dgn kesalahan diri sendiri yg dilakukan secara tak sedar atau tak sengaja?

jawapan ini juga pd diri sendiri.

tanggungjawab? berat? pikul la sebaiknya nescaya kamu akan senang di kemudian hari.
kesilapan? perbaiki dan belajar dari nya.
kasih sayang? semai dan pupuk agar aman bahagia.

bila keseorangan duduk termenung berfikir, aku tanya pada diri aku, DENDAM lama yg tak aku cuba untuk maaf kan. kepada kau si durjana, akan ku sampai kan kiriman tiada maaf untukmu, biar kau tau betapa seksa aku teraniaya.

kau tak pernah fikir, apa aku rasa, apa akan tjadi pd aku..kau KEJAM dn tak kan mungkin aku maafkan. aku tak berhutang dgn kau, kau yg berhutang dgn aku, bukan wang ringgit tapi harga diri dan perasaan..

bila di padang mahsyar nanti kau akan berlari2 mencari aku untuk pohon maaf, selagi tiada maaf dari insan yg kau aniaya ini, kau tak kan selamat.

di petik dari kata hati seorang insan~

kpd kau sayang ku, terima kasih kerana masih bersama aku. kau peniup semangat KEHIDUPAN buat jasad yg kecewa ini. kau pemberi semangat, dan HARAPAN semoga kasih ini akan kekal selamanya....

bila aku baca atau renung kan luahan hati seseorang , aku cuba untuk fahami dgn lebih jelas. maksud tersirat disebalik coretan. seolah hanya aku yg faham, padahal kepada yg membaca mungkin berbeza pendapat,,jadi jgn cuba hakimi aku, ianya hanya tulisan...

0 comments:

Post a Comment